Wednesday

11. Majlis Kesyukuran & Akikah

Salam,

19hb Mac lalu kami telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Akikah untuk Yani n Yana. Majlis bermula jam 11 pagi dengan majlis tahlil dan marhaban ahli surau di taman. Dari awal pagi semua orang dah sibuk. Nasib baik kami tak masak sendiri so tak la kalut sangat. Yani n Yana pagi2dah mandi. Nasib baik hari tu diorang tak meragam bila diletakkan di dalam baby cot tu. Ramai orang yang datang, tak sangka ramai betul tetamu yang datang (tapi tak risau sebab makanan memang banyak sebab hubby akikah seekor lembu untuk anak2 daranya). Kalau orang tak tau, mesti orang ingat kami wat kenduri kawin, siap ada tetamu yang saah rumah sebab ingat ruah kami rumah pengantin. Kebetulan pulak di taman kami ada kenduri kawin pada hari yang sama. Hahaha..lawak juga..

Seronok sebab semua adik2 aku datang berkampug di rumah walaupun cuma dua tiga hari je. Seronok melayan keletah anak2 saudara yang makin membesar. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis kami dan melawat Yani n Yana. Layan je la gambar yang ada ye...

Yana n Yani lena diulit intan ^_^

Geng Marhaban yang memeriahkan majlis..best betul makcik2 ni

Antara tetamu yang hadir...macam kenduri kawin pulak

Note: Bila semua orang dah balik, rasa sunyi pulak rumah. Huhu...banyak lagi gambar tapi tak sempat nak resize..nanti bila ada masa mama upload lagi ^_^

Thursday

10. Dah Lama

Salam,

Dah lama tak update..banyak citer nak kongsi tapi belum ada masa terluang nak tulis panjang so terperaplah cerita yang ada..ada cerita pasal Majlis Kesyukuran & Akikah Yani n Yana dan tentang family members yang datang.

Skang ni Yani n Yana dah semakin membesar. Last timbang, Yani dah 3.95kg dan Yana dah 3.45kg. Diorang dah pun masuk sebulan lebih. Dah pandai senyum dan perhati muka mama atau sesiapa saja yang pegang diorang. Mula pandai merengek, menangis dan membuat banyak bunyi2 yang kelakar di telinga kami..contohnya bunyi macam kuda la dan bunyi2 lain.

Love it!

Saturday

9. Menjadi Mama

Salam,

Susah juga ya menjadi mama kepada 2 baby kembar dan 2 anak yang sedang membesar. Jarak usia yang berbeza antara anak2 kadang2 memudahkan tapi ada masa meletihkan juga. Macam Danish yang skang dah 8 tahun, dia dah pandai menguruskan diri sendiri tapi ada masanya dia saja buat2 tak reti nak berdikari sebab nak jugak mama dia ni membebel kat dia.

Kalau Danial pulak biasalah dengann mulut banyaknya yang tak sudah2 membangkang dan menjawab bila kita suruh buat apa2. Nasib baik ada tok diorang yang rajin melayan karenah dia. Mama dah tentu sibuk dengan dua baby, Yani & Yana.. sekejap2 nak susu, sekejap2 nak kena tepuk, tukar pampers, dodoi2 dan macam2 lagi.

Letih juga beranak kembar walaupun orang lain yang tengok rasa sronok dan teruja je. Memanglah seronok tapi kerja mama pun menjadi lebih...kerja abah pun kena tambah sebab nak kena penuhi keperluan dua baby dan ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah rezeki anak2 sentiasa ada. ^_^

Nota : Nak upload gambar2 baby tapi kabel hp ada umah mak. Tunggu la dulu....

Thursday

8. Mencari Buaian Untuk Disewa

Salam,

Sedang berkira2 untuk menyewa buaian untuk Majlis Berendoi si kembar
Tapi di area Penang ni baru jumpa dua tempat je
Nak sewa pun kena gak tengok budget mak paknya ni
Ada gak yang nak sponsor tapi nak pendapat korang
Daripada sewa dengan harga RM500 berbaloi atau mama beli katil baby yang boleh swing tu untuk majlis dan ble pakai sampai baby besar? Setakat menghias, mama leh wat sendiri
Apa kata korang?

Tuesday

7. Makanan Ibu2

Salam,


Hari ni dah masuk hari ke-19 berpantang. Skang ni makanan harian ialah nasi, lauk sawi dan ikan gelama @ tengiri. Kadang2 mak wat kentang n tempe kicap. Baru beberapa hari minum susu sebab rasa tak cukup je badan nak produce susu badan.

Skang ni kalau siang, aku fully breast-feed Yani n Yana. Time diorang tido, boleh la pump susu tapi biasanya tak sempat simpan dlm fridge sebab bila diorang bangun mesti diorang minum perabis. Tu sebabnya setiap beberapa jam aku minum air bersusu dan makan kudap-kudapan, biasanya biskut la.

Nak tau juga apa lagi yang boleh menambahkan susu badan. Kesian Yani n Yana kalau tak cukup minum. Hehe..

# Minggu ini Danial ada exam...semalam bila tanya dia ble buat ke tidak, dia kata boleh...kacang goreng je...hohoh

Thursday

6. Berpantang

Salam,

Berpantang tapi tak sepenuhnya..maksudnya berbengkung belum lagi, berurut pun tak sepenuhnya...mak urut kaki dan belakang badan je...

Makan, berpantang tapi aku makan dan minum lebih banyak daripada orang lain kot sebab nak menyusukan dua orang baby bukan senang kalau tak cukup makan. Skang ni, Dayani sangat kuat menyusu. Dayana minum tak banyak...ikut saiz badan kot.

Skang Dayani dah 3.1kg manakala Dayana 2.7kg. Dayani cepat bebai kalau kita lambat attend to her needs tapi Dayana lebih cool..jarang dengar dia menangis sebab dia lebih sabar. Tapi Dayani lebih bulat dah mama pun selalu geram tengok pipi dia. Dayana lebih rileks dengan mata bulat dia.. Love my twins a lot!

Abang Danish & Abang Danial sangat sayang adik2 baru diorang. Balik sekolah mesti nak kerumun kat adik walaupun badan masing2 berpeluh. Jenuh gak bising kat diorang suruh mandi dulu baru duduk dekat adik. Masing2 dah 'cop' adik. Danish kata adik dia Dayana...sebab muka dia sama ngan muka Dayana. Danial 'cop' Dayani sebab Dayani memang bulat sebiji macam Danial..hahaha..lawak budak2 ni.

Nak gak tau...macamana org bersalin kembar berpantang...kena tanya ngan izan la...huhu

Newborn

Salam,

Selamat melahirkan baby girls pada 18hb Februari 2011..
Nur Dayani Hayfa pada jam 9.08 pagi dengan berat 2.75kg
Nur Dayana Hayfa pada jam 9.11 pagi dengan berat 2.45kg

Dayani & Dayana... first day at home after 4 days at the hospital

Happy sangat...