Wednesday

11. Majlis Kesyukuran & Akikah

Salam,

19hb Mac lalu kami telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Akikah untuk Yani n Yana. Majlis bermula jam 11 pagi dengan majlis tahlil dan marhaban ahli surau di taman. Dari awal pagi semua orang dah sibuk. Nasib baik kami tak masak sendiri so tak la kalut sangat. Yani n Yana pagi2dah mandi. Nasib baik hari tu diorang tak meragam bila diletakkan di dalam baby cot tu. Ramai orang yang datang, tak sangka ramai betul tetamu yang datang (tapi tak risau sebab makanan memang banyak sebab hubby akikah seekor lembu untuk anak2 daranya). Kalau orang tak tau, mesti orang ingat kami wat kenduri kawin, siap ada tetamu yang saah rumah sebab ingat ruah kami rumah pengantin. Kebetulan pulak di taman kami ada kenduri kawin pada hari yang sama. Hahaha..lawak juga..

Seronok sebab semua adik2 aku datang berkampug di rumah walaupun cuma dua tiga hari je. Seronok melayan keletah anak2 saudara yang makin membesar. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis kami dan melawat Yani n Yana. Layan je la gambar yang ada ye...

Yana n Yani lena diulit intan ^_^

Geng Marhaban yang memeriahkan majlis..best betul makcik2 ni

Antara tetamu yang hadir...macam kenduri kawin pulak

Note: Bila semua orang dah balik, rasa sunyi pulak rumah. Huhu...banyak lagi gambar tapi tak sempat nak resize..nanti bila ada masa mama upload lagi ^_^

4 comments:

MRS. K said...

syioknye baby kembar,..

lemongrass said...

Alahai comelnya baby kembar ni :-). Sure penat sgt2 nak menjaga kan, macam tak cukup tangan aje. Tapi bila dah besar sikit nanti and dah pandai gelak2 n senyum2, sure best sgt2 rasa!

Kniedaz said...

mrs k & LG ~ syok bila tgk diorang tp bila kdg2 bgn serentak mula lax menang tgn hehe

makdara TERdiva said...

wah!!! congrats for ur new twin..i baru jer tau..huhu!
ketinggalan tongkang!