Monday

16. Kuih Raya

Salam,

Semalam kami adik-beradik buat kuih raya. Sebenarnya kami cuma nak tolong mak buat rempeyek kacang tanah je. Lepas tu adik nak buat biskut raya pulak. Lama dah tak buat biskut, bertahun-tahun tak buat. Kami buat biskut coklat chips tapi kami lupa bubuh tepung jagung sikit time adun kali pertama..jadilah biskut kami tu keras semacam. Kelakar je jadinya.

Last sekali aku try buat cupcake oren tiru resepi dalam tv. Tawakal je takut tak jadi sebab aritu salin pun laju-laju. Maklumla...Rachel Allen bercakap boleh tahan gak lajunya. Tapi bila dah masuk dalam oven dan tengok dia naik elok je, rasa syok pulak.

Waktu berbuka try satu rasa...yum yum...sedap rupanya. Gebu elok je dalamnya dan rasa oren (dah buat perasa oren, haruslah rasa oren kan?). Lepas ni nak buat lagi untuk hari raya dengan topping dia sekali..nak buat topping cream cheese. Hehehe

Cupcake orenku...hehe..rupa kurang tapi rasa boleh tahan. Hahaha

Friday

15. Nangis

Salam,

Tengahari tadi try mesej sepupu yang ada kat umah..macamana Yani dan Yana? Dia kata, Yani takmo minum susu..dia menangis je..kalau dukung, dia diam la kejap. Kalau bagi susu dalam botol habis mulut ditutup rapat. Guna sudu pun dia takmo. Yana nak juga la minum susu n makan moi..dah 6 bulan so ble la makan.

Terpaksa la suruh adik lelaki bawa si kembar tu ke ofis tengahari ni. Kesian pulak takmo minum...nanti menangis tak berhenti susah la pulak. Maknanya hari Sabtu dan Ahad ni kena la training minum susu dalam botol lagi. Huhu..ada sesiapa tahu cara nak bagi dia mau minum dalam botol? (Mereka masih lagi minum susu badan sahaja..tanpa tambahan susu formula)

 Hai...sayalah Nur Dayani Hayfa
 Saya pulak Nur Dayana Hayfa

Gambar semalam selepas ditinggal sehari

Thursday

Engine....start!

Salam,

Lama tak menulis di sini. Maklumla duduk di rumah mengadap si kembar sampaikan malas nak membuka blog. Nak meredah blogger2 lain pun jadi malas tapi hari ni start jadi rajin sket. Maklum la..hari ni mama Kniedaz start keje balik selepas bercuti lama selama enam bulan. Lama kan!

Perasaan bekerja semula? Mestilah excited sebab nak jumpa dengan rakan-rakan di ofis. Lagi pun rasa rindu untuk mengalami suasana bekerja. Cuti enam bulan rutin harian jadi lain. Di rumah sibuk mengemas rumah dan menjaga anak2. Biasanya sibuk dengan si kembar je la. Abang Danish dan Danial kan sekolah.

Tapi berjauhan dengan si kembar untuk pertama kalinya memang la tak best. Selalu mengadap mereka je tapi start hari ni kenala berjauhan sampai ke petang. Harap-harap diorang baik2 aja duduk ngan mak n Kak Yon. Pagi tadi sebelum keluar rumah dan ketika menyusukan mereka, mama Kniedaz dah pesan kat diorang supaya duduk elok2 ngan tok Madah dan minum susu dalam botol. Macam la diorang faham...tapi rasanya diorang mesti faham..hehehe

Di ofis belum lagi start buat kerja. Seharian mengemas balik barang2 yang tersimpan dalam 2 kotak besar. Maklumlah...kami semua telah berpindah ke bangunan sendiri so kerja2 mengemas mestilah lagi banyak dari berada di tempat lama. Terasa macam jadi orang baru pulak...hehehe

Note : ...... tunggu mood kerja yang kejap datang kejap menghilang..

13. Gaya

Salam,

Actually takde apa yang nak ditaip sangat dalam entry ni. Skang sibuk ngan si kembar dah takde masa nak menaip di blog. Dapat blogwalking ke satu dua blog yg jadi favourite pun dah kira besar rahmat tu. Yela..baru nak khusyuk kat depan lappy je si kembar bunyi2 pulak. Huhu..

Ni ada sikit gambar gaya si kembar tdo. Skang ni tdo bukannya suka dibedong. Asyik keluarkan tangan je. Agaknya diorang rasa terkurung kot. Tapi bila tak dibedong, tdonya sekejap je dah bangun. Skang ni kalau tdo kuarkan tangan suka tdodepan tv. Tdo pun dah ada waktu..pagi bangun kol 6 pagi n berjaga sampai kol 9 lebih.

Biasanya diorang mandi awal, kol 8 lebih atau 9 dah mandi. Lepas mandi, diorang akann tdo sampai tengahari atau samapi kol 1 petang. Pastu diorang akan tdo balik atau tengok tv (mcm diorg pandai tgk tv dah..tp mata memang terarah kat tv la). Petang kol 5 diorang bangun utk mandi n tgk sinetron sampai kol 7. Lepas tu diorang tdo lagi sampai malam. Malam diorang bangun utk minum. Kadang2 diorang buat hal takmo tdo sampai ke pagi tapi jarang la...kalau selalu mau tension mama diorang ni.

Apa2pun layan jela gambar diorang ni. Skang dah nak masuk 2 bulan...sekejap je dah 2 bulan kan!



Wednesday

12. Next Project

Salam,

Dalam berpantang dan bercuti panjang ni rasa boring jugak kalau tak buat apa-apa. Naasib baik ada job gubahan hantaran kawin daripada adik ipar untuk iparnya. Actually, dah lama tak menggubah. Masa pregnant dulu ada juga buat untuk hadiah-hadiah newborn babies je. So kira job ni mengujakan jugak la..

Baru je start. Tak banyak yang dah dibuat. Ada sikit lagi barang yang tak cukup atau yang aku rasa kurang. Nak tunggu barang2 hantaran dihantar supaya ble terus dibubuh dalam dulang hantaran. Rasa tak syok pulak menggubah tapi isinya tak ada.

Yani & Yana dah bertambah besar. Kalau dukung Yani terasa lenguh tangan dah. Yana pulak maintain comel je. Senyum dan ketawa dah pandai. So seronok kalau tengok diorang tetiba melamun dan gelak sengsorang. Tak sabar nak tunggu diorang besar lagi so mama dia ble dress up kan mereka giler2. Maklumlah sebelum ni baby boy je so skang nak lepas gian dress up baby girls plak. Hehehe






 



Note : Letih juga menjaga dua baby ni...tapi bila diorang tido ngan tenang tu rasa gembira sangat. Tahap ketensionan pun bertambah tapi macam mak kata semua ni cubaan..hehe

11. Majlis Kesyukuran & Akikah

Salam,

19hb Mac lalu kami telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Akikah untuk Yani n Yana. Majlis bermula jam 11 pagi dengan majlis tahlil dan marhaban ahli surau di taman. Dari awal pagi semua orang dah sibuk. Nasib baik kami tak masak sendiri so tak la kalut sangat. Yani n Yana pagi2dah mandi. Nasib baik hari tu diorang tak meragam bila diletakkan di dalam baby cot tu. Ramai orang yang datang, tak sangka ramai betul tetamu yang datang (tapi tak risau sebab makanan memang banyak sebab hubby akikah seekor lembu untuk anak2 daranya). Kalau orang tak tau, mesti orang ingat kami wat kenduri kawin, siap ada tetamu yang saah rumah sebab ingat ruah kami rumah pengantin. Kebetulan pulak di taman kami ada kenduri kawin pada hari yang sama. Hahaha..lawak juga..

Seronok sebab semua adik2 aku datang berkampug di rumah walaupun cuma dua tiga hari je. Seronok melayan keletah anak2 saudara yang makin membesar. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis kami dan melawat Yani n Yana. Layan je la gambar yang ada ye...

Yana n Yani lena diulit intan ^_^

Geng Marhaban yang memeriahkan majlis..best betul makcik2 ni

Antara tetamu yang hadir...macam kenduri kawin pulak

Note: Bila semua orang dah balik, rasa sunyi pulak rumah. Huhu...banyak lagi gambar tapi tak sempat nak resize..nanti bila ada masa mama upload lagi ^_^

Thursday

10. Dah Lama

Salam,

Dah lama tak update..banyak citer nak kongsi tapi belum ada masa terluang nak tulis panjang so terperaplah cerita yang ada..ada cerita pasal Majlis Kesyukuran & Akikah Yani n Yana dan tentang family members yang datang.

Skang ni Yani n Yana dah semakin membesar. Last timbang, Yani dah 3.95kg dan Yana dah 3.45kg. Diorang dah pun masuk sebulan lebih. Dah pandai senyum dan perhati muka mama atau sesiapa saja yang pegang diorang. Mula pandai merengek, menangis dan membuat banyak bunyi2 yang kelakar di telinga kami..contohnya bunyi macam kuda la dan bunyi2 lain.

Love it!

Saturday

9. Menjadi Mama

Salam,

Susah juga ya menjadi mama kepada 2 baby kembar dan 2 anak yang sedang membesar. Jarak usia yang berbeza antara anak2 kadang2 memudahkan tapi ada masa meletihkan juga. Macam Danish yang skang dah 8 tahun, dia dah pandai menguruskan diri sendiri tapi ada masanya dia saja buat2 tak reti nak berdikari sebab nak jugak mama dia ni membebel kat dia.

Kalau Danial pulak biasalah dengann mulut banyaknya yang tak sudah2 membangkang dan menjawab bila kita suruh buat apa2. Nasib baik ada tok diorang yang rajin melayan karenah dia. Mama dah tentu sibuk dengan dua baby, Yani & Yana.. sekejap2 nak susu, sekejap2 nak kena tepuk, tukar pampers, dodoi2 dan macam2 lagi.

Letih juga beranak kembar walaupun orang lain yang tengok rasa sronok dan teruja je. Memanglah seronok tapi kerja mama pun menjadi lebih...kerja abah pun kena tambah sebab nak kena penuhi keperluan dua baby dan ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah rezeki anak2 sentiasa ada. ^_^

Nota : Nak upload gambar2 baby tapi kabel hp ada umah mak. Tunggu la dulu....

Thursday

8. Mencari Buaian Untuk Disewa

Salam,

Sedang berkira2 untuk menyewa buaian untuk Majlis Berendoi si kembar
Tapi di area Penang ni baru jumpa dua tempat je
Nak sewa pun kena gak tengok budget mak paknya ni
Ada gak yang nak sponsor tapi nak pendapat korang
Daripada sewa dengan harga RM500 berbaloi atau mama beli katil baby yang boleh swing tu untuk majlis dan ble pakai sampai baby besar? Setakat menghias, mama leh wat sendiri
Apa kata korang?

Tuesday

7. Makanan Ibu2

Salam,


Hari ni dah masuk hari ke-19 berpantang. Skang ni makanan harian ialah nasi, lauk sawi dan ikan gelama @ tengiri. Kadang2 mak wat kentang n tempe kicap. Baru beberapa hari minum susu sebab rasa tak cukup je badan nak produce susu badan.

Skang ni kalau siang, aku fully breast-feed Yani n Yana. Time diorang tido, boleh la pump susu tapi biasanya tak sempat simpan dlm fridge sebab bila diorang bangun mesti diorang minum perabis. Tu sebabnya setiap beberapa jam aku minum air bersusu dan makan kudap-kudapan, biasanya biskut la.

Nak tau juga apa lagi yang boleh menambahkan susu badan. Kesian Yani n Yana kalau tak cukup minum. Hehe..

# Minggu ini Danial ada exam...semalam bila tanya dia ble buat ke tidak, dia kata boleh...kacang goreng je...hohoh

Thursday

6. Berpantang

Salam,

Berpantang tapi tak sepenuhnya..maksudnya berbengkung belum lagi, berurut pun tak sepenuhnya...mak urut kaki dan belakang badan je...

Makan, berpantang tapi aku makan dan minum lebih banyak daripada orang lain kot sebab nak menyusukan dua orang baby bukan senang kalau tak cukup makan. Skang ni, Dayani sangat kuat menyusu. Dayana minum tak banyak...ikut saiz badan kot.

Skang Dayani dah 3.1kg manakala Dayana 2.7kg. Dayani cepat bebai kalau kita lambat attend to her needs tapi Dayana lebih cool..jarang dengar dia menangis sebab dia lebih sabar. Tapi Dayani lebih bulat dah mama pun selalu geram tengok pipi dia. Dayana lebih rileks dengan mata bulat dia.. Love my twins a lot!

Abang Danish & Abang Danial sangat sayang adik2 baru diorang. Balik sekolah mesti nak kerumun kat adik walaupun badan masing2 berpeluh. Jenuh gak bising kat diorang suruh mandi dulu baru duduk dekat adik. Masing2 dah 'cop' adik. Danish kata adik dia Dayana...sebab muka dia sama ngan muka Dayana. Danial 'cop' Dayani sebab Dayani memang bulat sebiji macam Danial..hahaha..lawak budak2 ni.

Nak gak tau...macamana org bersalin kembar berpantang...kena tanya ngan izan la...huhu

Newborn

Salam,

Selamat melahirkan baby girls pada 18hb Februari 2011..
Nur Dayani Hayfa pada jam 9.08 pagi dengan berat 2.75kg
Nur Dayana Hayfa pada jam 9.11 pagi dengan berat 2.45kg

Dayani & Dayana... first day at home after 4 days at the hospital

Happy sangat...

Wednesday

4. Kedatangan

Salam,

Mak dari Johor akan datang Insya Allah Sabtu ni...
Rasa happy sebab bila berpantang nanti ada mak sendiri yang tolong jaga
Sekarang ni, sapa-sapa yang nak mai umah dialu-alukan
Bulan ni bulan menyambut kedatangan tetamu dan ahli keluarga baru
*smile*

Monday

3. Wish For the Best

Salam,

Schedule for operation on 18th February 2011
Wish me and the babies all the best
Semoga kami bertiga selamat
Sihat dan ceria..
Amin

Friday

2. Dibuang Terasa Sayang ...

Salam,
S.E.D.I.H?

Sayang nak tutup kniedaz78.blogspot.com tapi sebab serangan virus nak jugak tutup..nanti melarat n berjangkit kat teman2 blogger lain..

Sempena kehadiran orang baru, rasa elok jugala buka blog lain tapi isi tetap sama dan semestinya pemiliknya pun tetap kniedaz yang dulu..

Sayang terpaksa lupakan banyak entry kat blog lama dan follower2 suma..kat blog ni cuma add blogger2 tegar yg selalu dikunjungi je...takpe..nanti akan bertambah semula..macam new beginning betul la...

Apa2pun...happy days to all..

Wednesday

1. The New Beginning

Salam,

A new life
But still the old me
Now with two additional family members
Coming this few days
^_^