Monday

16. Kuih Raya

Salam,

Semalam kami adik-beradik buat kuih raya. Sebenarnya kami cuma nak tolong mak buat rempeyek kacang tanah je. Lepas tu adik nak buat biskut raya pulak. Lama dah tak buat biskut, bertahun-tahun tak buat. Kami buat biskut coklat chips tapi kami lupa bubuh tepung jagung sikit time adun kali pertama..jadilah biskut kami tu keras semacam. Kelakar je jadinya.

Last sekali aku try buat cupcake oren tiru resepi dalam tv. Tawakal je takut tak jadi sebab aritu salin pun laju-laju. Maklumla...Rachel Allen bercakap boleh tahan gak lajunya. Tapi bila dah masuk dalam oven dan tengok dia naik elok je, rasa syok pulak.

Waktu berbuka try satu rasa...yum yum...sedap rupanya. Gebu elok je dalamnya dan rasa oren (dah buat perasa oren, haruslah rasa oren kan?). Lepas ni nak buat lagi untuk hari raya dengan topping dia sekali..nak buat topping cream cheese. Hehehe

Cupcake orenku...hehe..rupa kurang tapi rasa boleh tahan. Hahaha

Friday

15. Nangis

Salam,

Tengahari tadi try mesej sepupu yang ada kat umah..macamana Yani dan Yana? Dia kata, Yani takmo minum susu..dia menangis je..kalau dukung, dia diam la kejap. Kalau bagi susu dalam botol habis mulut ditutup rapat. Guna sudu pun dia takmo. Yana nak juga la minum susu n makan moi..dah 6 bulan so ble la makan.

Terpaksa la suruh adik lelaki bawa si kembar tu ke ofis tengahari ni. Kesian pulak takmo minum...nanti menangis tak berhenti susah la pulak. Maknanya hari Sabtu dan Ahad ni kena la training minum susu dalam botol lagi. Huhu..ada sesiapa tahu cara nak bagi dia mau minum dalam botol? (Mereka masih lagi minum susu badan sahaja..tanpa tambahan susu formula)

 Hai...sayalah Nur Dayani Hayfa
 Saya pulak Nur Dayana Hayfa

Gambar semalam selepas ditinggal sehari

Thursday

Engine....start!

Salam,

Lama tak menulis di sini. Maklumla duduk di rumah mengadap si kembar sampaikan malas nak membuka blog. Nak meredah blogger2 lain pun jadi malas tapi hari ni start jadi rajin sket. Maklum la..hari ni mama Kniedaz start keje balik selepas bercuti lama selama enam bulan. Lama kan!

Perasaan bekerja semula? Mestilah excited sebab nak jumpa dengan rakan-rakan di ofis. Lagi pun rasa rindu untuk mengalami suasana bekerja. Cuti enam bulan rutin harian jadi lain. Di rumah sibuk mengemas rumah dan menjaga anak2. Biasanya sibuk dengan si kembar je la. Abang Danish dan Danial kan sekolah.

Tapi berjauhan dengan si kembar untuk pertama kalinya memang la tak best. Selalu mengadap mereka je tapi start hari ni kenala berjauhan sampai ke petang. Harap-harap diorang baik2 aja duduk ngan mak n Kak Yon. Pagi tadi sebelum keluar rumah dan ketika menyusukan mereka, mama Kniedaz dah pesan kat diorang supaya duduk elok2 ngan tok Madah dan minum susu dalam botol. Macam la diorang faham...tapi rasanya diorang mesti faham..hehehe

Di ofis belum lagi start buat kerja. Seharian mengemas balik barang2 yang tersimpan dalam 2 kotak besar. Maklumlah...kami semua telah berpindah ke bangunan sendiri so kerja2 mengemas mestilah lagi banyak dari berada di tempat lama. Terasa macam jadi orang baru pulak...hehehe

Note : ...... tunggu mood kerja yang kejap datang kejap menghilang..