Thursday

Engine....start!

Salam,

Lama tak menulis di sini. Maklumla duduk di rumah mengadap si kembar sampaikan malas nak membuka blog. Nak meredah blogger2 lain pun jadi malas tapi hari ni start jadi rajin sket. Maklum la..hari ni mama Kniedaz start keje balik selepas bercuti lama selama enam bulan. Lama kan!

Perasaan bekerja semula? Mestilah excited sebab nak jumpa dengan rakan-rakan di ofis. Lagi pun rasa rindu untuk mengalami suasana bekerja. Cuti enam bulan rutin harian jadi lain. Di rumah sibuk mengemas rumah dan menjaga anak2. Biasanya sibuk dengan si kembar je la. Abang Danish dan Danial kan sekolah.

Tapi berjauhan dengan si kembar untuk pertama kalinya memang la tak best. Selalu mengadap mereka je tapi start hari ni kenala berjauhan sampai ke petang. Harap-harap diorang baik2 aja duduk ngan mak n Kak Yon. Pagi tadi sebelum keluar rumah dan ketika menyusukan mereka, mama Kniedaz dah pesan kat diorang supaya duduk elok2 ngan tok Madah dan minum susu dalam botol. Macam la diorang faham...tapi rasanya diorang mesti faham..hehehe

Di ofis belum lagi start buat kerja. Seharian mengemas balik barang2 yang tersimpan dalam 2 kotak besar. Maklumlah...kami semua telah berpindah ke bangunan sendiri so kerja2 mengemas mestilah lagi banyak dari berada di tempat lama. Terasa macam jadi orang baru pulak...hehehe

Note : ...... tunggu mood kerja yang kejap datang kejap menghilang..

4 comments:

SJB AKA SUE J-B. said...

Mesti lah busy kalau sudah ada 4 anak tambah lagi baru balik kerja.

Wah, bangunan baru mesti best ni.

~aSHa~ said...

wow cuti 6 bulan....cuti tanpa gaji ke?

mesti rindu kan dgn telatah si kembar....mereka minum susu badan ke?

Kniedaz said...

SJB ~ Bangunan baru semangat kerja pun mesti baru hehe

Kniedaz said...

Asha ~ Ida sambung tiga bulan tanpa gaji menjaga anak..skang diorang minum susu badan lagi...