Friday

15. Nangis

Salam,

Tengahari tadi try mesej sepupu yang ada kat umah..macamana Yani dan Yana? Dia kata, Yani takmo minum susu..dia menangis je..kalau dukung, dia diam la kejap. Kalau bagi susu dalam botol habis mulut ditutup rapat. Guna sudu pun dia takmo. Yana nak juga la minum susu n makan moi..dah 6 bulan so ble la makan.

Terpaksa la suruh adik lelaki bawa si kembar tu ke ofis tengahari ni. Kesian pulak takmo minum...nanti menangis tak berhenti susah la pulak. Maknanya hari Sabtu dan Ahad ni kena la training minum susu dalam botol lagi. Huhu..ada sesiapa tahu cara nak bagi dia mau minum dalam botol? (Mereka masih lagi minum susu badan sahaja..tanpa tambahan susu formula)

 Hai...sayalah Nur Dayani Hayfa
 Saya pulak Nur Dayana Hayfa

Gambar semalam selepas ditinggal sehari

13 comments:

kucingorengemok said...

masyaallah! pipiii! bagi sini kejap nak cubittt!! ;)

Kniedaz said...

jangan cubit KOG...hehehe

dalila said...

tomenya!!!

Kniedaz said...

mekasih dela..hehe

~aSHa~ said...

gebunye si kembar....ni hasil susu badan la ni debab2....geram tgk pipi montel tu

Kniedaz said...

Ya..hasil minum susu badan..muka debab..kami pun geram kat dia selalu..tapi skang dah g keja takmo minum dlm botol plak dah..huhu

iera me casa........ said...

salam kak idaaaa..
lama tak menjenguk kak ida.. sihat ka ?? wahh kembaq yang cumel lagi gebus laa kakak

Ms.Su said...

comelnyeeeeeeee

UmmiAbi said...

Salam...Bestnye de kembar..Seiras ke?cute sgt..Mest mk abah dia cute jgk..heh~

nuyui a.k.a miss YUI said...

alahaii..tembamnyaaa..

fieda said...

comel..

QasehnyaRania said...

as-salam..salam kenal dai saya..
comelnya baby ni;)

A D I A said...

Ya Allah comel nya si kembar yana and yani ni. Yani lagi bam bam ke kak? SI kembar ni la kan nama Hafya kan?